《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

7 PUNCA SUAMI ISTERI RENGGANG & RETAK MENANTI BELAH!!!

loading...



PUNCA HUBUNGAN SUAMI ISTERI HAMBAR

Hubungan suami isteri ini seperti air,ada pasang surutnya.sekejap bergolak,sekejap tenang.Masam manis dalam rumah tangga sangat sinonim dengan pasangan suami isteri sama ada yang baru berkahwin atau pun sudah lama mendirikan rumah tangga..Manakah pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup,lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri..Hubungan tegang antara suami isteri tidak akan timbul tanpa punca dan sebab..Ketegangan ini perlu ditenangkan supaya tiada masalah lain yang lebih teruk akan terjadi..

Terlajak perahu boleh ditarik,terlajak kata buruk padahnya..Jika berlaku pergaduhan,puncanya harus diteliti semula supaya masalah dapat diselesaikan..jom,kita ikuti punca yang selalu terjadi kepada pasangan suami isteri dalam hubungan kekeluargaan ini yang semakin renggang...



1)TERSEPIT ANTARA IBU DAN ISTERI/SUAMI....


                                     kalau anak tidak menjaga ibu,siapa lagi?


Hal ini sering berlaku dalam rumah tangga.Bagi suami,tanggungjawab adalah untuk memastikan dia membawa isteri dari keluarga untuk membina kehidupan sendiri secara berdikari..Tetapi yang menjadi masalah jika suami isterinya tinggal sebumbung dengan ibu kandungnya..Mungkin alasannya untuk menjaga ibu dan masih belum mempunyai rumah..Permulaan perkahwinan mungkin boleh diterima,tetapi jika sudah smapi bertahun masih duduk di rumah ibu,isteri mana yang tidak bising??Jika duduk bersama,suami wajib mementingkan ibu dalam semua perkara..

Kesannya,suami akan terpaksa melukai hati isteri kerana patuh arahan ibunya..Suami tersepit antara ibu dan isteri..Pada mulanya,mungkin keburukan kita tidak nampak,tetapi jika sudah lama kita tidak mampu menahannya..Jika isteri sudah mula menunjukkan rasa ketidak selesaannya,suami perlulah menasihat steri supaya bersabar dan berilah peluang untk suami berbincang denagn ibunya..Keadaan isteri yang terlalu memaksa dan mendesak akan mengeruhkan lagi keadaan..

Pasti ada yang tidak menyokong dan kata bergaduh hanya jaga ibu atau bapa yang sakit..Terpulang pada seseiapa yang fikir begitu..Hakikatnya,ia berlaku hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu..

2)SUAMI TIDAK MEMBANTU ISTERI...


                                                  Suami perlu rajin bantu isteri


Dalam rumah tangga,tamggungjawab suami adalah memasak,membasuh,mengemas rumah,memberi nafkah zahir dan batin dan menjaga kebajikan isteri..Tanggungjawab isteri pula adalah melayan suami..Itu apa yang sepatutnya diketahui oleh suami dan isteri..Itu apa yang sepatutnya diketahui oleh suami isteri..Tetapi,isteri zaman sekarang dikatakan "SUPERWOMAN" mampu melakukan semuanya untuk suami..Itu menjadi satu bonus kepada isteri untuk menempah tiket ke syurga..

Walaupun isteri sanggup melakukan semua itu untuk suami,walaupun itu tugas suami,anda sebagai suami tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri..Jika isteri keletihan memasak,menguruskan keluarga,suami perlu membantu isteri untuk meringankan bebannya..Jangan sesekali biarkan isteri membuat semua kerja seorangan,dan akhirnya kepenatan..jika penat,isteri akan mula mengeluh dan menolak ajakan suami..suami pula akan bertindak dengan memarahi isterinya..Hal ini akan mencetuskan hubungan tegang antara suami dan isteri..


3)SELALU MENGUNGKIT


                                      Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak


Sikap selalu mengungkit sama ada isteri atau suami amat bahaya sekiranya masih diamalkan..Si isteri akan mengungkit kerja-kerja yang dilakukan,melahirkan anak,sanggup berkorban untuk suami jika apa yang dia hendak tidak dituruti suami..Suami pula akan mengungkit kepada isteri apa sahaja perkara untuk melawan balik kata-kata isterinya..Jika amalan ini diteruskan,hubungan suami isteri akan tegang..Jika kita sentiasa ada perasaan tidak puas hati terhadap pasanagn,perlulah berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing..

Jangan sampai satu tahap anda keluarkan semuanya,itu dianggap sebagai mengungkit..Sikap ungkit menngungkit ini menunjukkan petanda yang anda tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja..Walau sepenat mana pun kita,perlu fikir positif dan tanam dalam diri supaya bersabar kerana keberkatannya sangat besar dan mampu menukuhkan lagi keharmonian rumah tangga..


4)TERLALU BERKIRA DALAM MELAKUKAN KERJA RUMAH


                             Jangan bermasam muka hanya dengan perkara remeh


Bagi suami isteri yang bekerja,masa bersama di rumah adalah sangat singkat.Jika berjumpa,ada sahaja perkara yang menjadi sebab untuk marah..Setiap pasangan bekerja selalunya akan berkira untuk melakukan sesuatu kerja..Contohnya selalu tugas isteri memnadikan anak kecil,memberi makan..Sesekali isteri meminta suami melakukan tugas tersebut..Menjadi masalah bila suami tidak mahu melakukannya..Suami terlalu berkira mengenai tugas membantu isteri dirumah..

Begitu juga dengan isteri,berkira untuk membantu suami ketika diluar rumah..Kesannya,hubungan akan menjadi tegang dan masing-masing akan bermasam muka..Sampai bila hendak mngamalkan budaya seperti ini,yang menjadi mangsa anak-anak..


5)TIADA ZURIAT


                              Anak pengikat kasih sayang antara suami dan isteri

Anak merupakan anugerah daripada Allah kepada hambanya..Setiap pasanagan yang mendirikan rumah tangga pasti akan mengkehendaki zuriat yang akan menyambung keturunannya..Zuriat juga dikatakan rezeki yang diberikan kepada Allah untuk hambanya..Rezeki setiap orang untuk memiliki anak adalah berbeza-beza sama ada lambat atau cepat..Bagi pasangan yang sangat mementingkan zuriat,akam menjadi satu bebanan dan tekanan jika sudah lama berkahwin tetepi masih tiada anak..Jika ini berlaku,masing-masing lebih suka menyalahkan sesama sendiri..

Sikap keegoan lelaki untuk memeriksa tahap kesuburannya sering dipertikaikan isteri..Jika memang telah terbukti masalah datang daripada isteri,suami akan ambik tindakan untuk berkahwin lain..Isteri akan rasa diri tidak sempurna dan terpaksa terima keputusan suaminya yang menggunakan zuriat sebagai faktor utama..Masalah seperti inilah sering menjadi faktor kepada hubungan tegang suami isteri dan akhirnya membawa kepada penceraian..


6)PERKAHWINAN JARAK JAUH


                      Jangan kerana berjauhan,sanggup berkhalwat dan curangi pasangan..


Setiap pasangan yang berkahwin,mengimpikan hubungan yang terjalin atas dasar percintaan dapat dilalui bersama-sama..Walau bagaimanapun,zaman moden sekarang,kebanyakan pasangan suami isteri setelah berkahwin akan membawa haluan masing-masing kerana terikat dengan komitmen kerja dan terpaksa berjauhan..Pada permulaan perkahwinan,mungkin anda masih boleh terima dan boleh berbincang,berjumpa sesekali,tetapi sampai bila perasaan anda untuk bersabar??Lama-kelamaan,sikap mula risau dan tidak percaya kepada pasangan akan timbul..

Pelbagai perkara ingin dijadikan bahan untuk marah,,Suami mula mencurigai isteri,isteri pula mula mencurigai suaminya..Sikap ini memang akan membuatkan hubungan suami isteri menjadi renggang...Jadi fikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan syak wasangka ini dari berlarutan yang akan menyiksa perasaan masing-masing..


7)SUAMI TIDAK BEKERJA


                 Tanggungjawab suami mencari rezeki,bukan duduk dirumah semata-mata


Kembali kepada fitrah hidup manusia,tanggungjawab suami adalah nafkah kepada isteri dan anak-anak..Tetapi jika suami tidak bekerja,adakah terlaksana tuntutan itu kepada isteri?Isteri yang bekerjaya akan mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga..Bebanan suami telah diletakkan dibahu isteri..tugas ini jika suami tidak segera ambik alih boleh mendatangkan ketegangan dalam rumah tangga..Isteri akan sentiasa mengungkit akibat kepenatan seharian bekerja..

Situasi ini akan mengundang pergaduhan antara suami dan isteri..Jika suami yang faham akan tanggungjawadnya,pasti akan mencari kerja,tetapi jika mendapat suami yang sebaliknya,pergolakan yang berlaku ditakuti akan berakhir dengan tindakan yang tidak sewajarnya..



KESIMPULAN

Selagi boleh dielakkan punca-punca ketegangan rumah tangga,teruslah dielakkan..Jangan biarkan masalah kecik seperti ini menjadi punca keretakan rumahtangga anda..Ambik langkah pencegahan awal dan gunakan pendekatan yang sewajarnya dalam melayari masam manis rumah tangga..




                                              SUMBER:SIRAP LIMAU

loading...

Related Posts :