loading...
Siapa yang tak suka bergaya kan? Dengan pakaian yang stylish dan up to date pasti semua pun tak mahu ketinggalan mengenakan cermin mata hitam pelbagai jenama hinggakan dalam bangunan dan dalam outlet kedai pun masih lagi memakai cermin mata hitam bak Stevie Wonder. Bezanya Stevie Wonder tidak dianugerahkan deria penglihatan dan anda sebaliknya...
Tahukah anda cermin mata hitam bukanlah semata-mata untuk bergaya? Sesiapa pun yang mengambil berat tentang kesihatan pasti tahu yang sinaran UV amat merbahaya pada tubuh manusia dan satu-satunya cara untuk mengurangkan kesan buruknya ketika anda terdedah pada sinaran UV ialah dengan memakai losyen pelindung yang mengandungi SPF. Tapi, tak mungkin anda nak letakkan losyen itu dimata kan? Menangis tak berhenti jawabnya. Haaa…disitulah letaknya fungsi cermin mata hitam anda. Untuk menghalang sinaran UV dari memasuki mata...
.
Walaubagaimanapun, anda perlu memastikan yang cermin mata hitam yang anda pakai mempunyai perlindungan UV. Janganlah nak bergaya punya pasal sampai penglihatan mata kurang jelas pula akibat rabun kerana memakai cermin mata yang murah dan kurang sesuai...
Memanglah ada suplemen-suplemen yang dapat membantu membaikpulih penglihatan mata yang boleh anda gunakan, tetapi alangkah lebih baik jika mencegah sebelum terkena???
Apa-apapun lihatlah infografik di bawah dan pastikan cermin mata hitam yang anda miliki membantu memelihara kesihatan mata dan bukannya memburukkan lagi penglihatan anda ya? Pendedahan mata kepada sinaran UV boleh mengakibatkan masalah sunburn yang sangat menyakitkan dan katarak serta pelbagai masalah kesihatan yang lain...
Jika anda dalam kategori yang berpenglihatan tajam dan jelas, teruskan penjagaan mata sebaiknya. Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengambil tahu tips pemakanan, penjagaan dan baikpulih untuk deria tak ternilai anda iaitu mata. Anda juga boleh mencuba produk kesihatan mata yang dapat membantu memperbaiki kualiti penglihatan dan kesihatan mata anda secara menyeluruh....
Bagi yang lahir istimewa tanpa penglihatan, mereka terpaksa melalui susah payah untuk belajar menghargai kurniaan itu pada mereka. Itupun mereka amat peka dan bersyukur dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan dengan cara yang berbeza dari manusia normal....
Bagi kita yang cukup sifat ni, hargai dan jagalah anugerah deria penglihatan yang dikurniakan. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Bukankah lebih baik mencegah sebelum kualiti penglihatan menjadi semakin parah? Ingat, kalau nak bergaya berkaca mata hitam, pilihlah yang selamat, bersesuaian dan mempunyai perlindungan UV ya???
SUMBER:FACEBOOK
loading...