《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Restoran Hidang Sup Kepala Manusia !!!!

loading...


 Sebuah hotel yang beroperasi di Anambra ditutup selepas seorang paderi yang menjamu juadah ‘istimewa’ di restoran melaporkan perkara itu kepada polis tempatan...

Paderi berkenaan pada mulanya berasa pelik apabila dikenakan bayaran mahal iaitu N700 (RM13.17) selepas menikmati hidangan utama di restoran tersebut...

Selepas bertanya dan memeriksa sendiri, pastor itu terkejut apabila mendapati hidangan yang baru dinikmati itu adalah daging dari kepala manusia...

Maklumat yang diberi oleh paderi itu menjurus kepada penahanan 11 orang serta arahan penutupan hotel terbabit selepas polis menjumpai dua kepala manusia yang dibalut dalam plastik di dalam peti sejuk...

Pihak berkuasa turut menemui beberapa pucuk senapang AK-47 dan pelbagai senjata berbahaya lain...

Hasil siasatan mendapati, juadah yang menggunakan daging manusia turut disertakan dalam menu restoran sebagai salah satu hidangan istimewanya...

“Saya bertandang ke hotel itu sekitar awal tahun ini. Saya langsung tidak mengetahui bahawa makanan mahal yang saya makan itu menggunakan daging manusia. Sememangnya saya tidak menyangka perkara ini boleh berlaku,” ujar paderi berkenaan...


loading...