loading...
KRU Music menafikan sekeras-kerasnya pihaknya terlibat dengan penyebaran sebuah video yang dikaitkan dengan sebuah parti pembangkang.
Menurutnya, lagu berjudul ‘Sandiwara’ nyanyian Tyco juga tidak ditujukan kepada mana-mana tokoh atau parti politik.
Malah pihaknya akan membuat laporan polis terhadap individu yang menghasilkan video berkenaan dengan menggunakan lagu milik syarikat itu...
“Pihak KRU Music selaku pemilik hakcipta lagu ini dan mewakili artis kami menafikan sekeras-kerasnya lagu ini ditujukan kepada mana-mana tokoh atau parti politik...
“Pihak kami sedang mengumpul bukti dan akan membuat laporan polis terhadap individu yang tidak bertanggung-jawab yang menghasilkan video tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini...
Lagu yang dikeluarkan pada tahun 2000 itu kini viral apabila sesetengah pihak mengaitkan lagu berkenaan dengan menyiarkan beberapa gambar bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu.,,
“Lagu ini diinspirasikan dan berdasarkan isu yang hangat diperkatakan ketika itu iaitu insiden Al Maunah sehingga menjejaskan keamanan negara.,,
“Liriknya ditulis menceritakan seorang individu yang terkeliru dengan fahaman sesat sehingga terjebak didalam kegiatan ekstrimisme sekaligus memudaratkan diri, keluarga, masyarakat dan negara,” jelasnya...
Katanya, tindakan individu yang membuat interpretasinya sendiri dari lirik lagu ini adalah melanggar hak cipta milik syarikat itu....
Malah ia turut dikesali kerana berupaya menimbulkan spekulasi serta boleh menjejas nama baik semua pihak termasuk tokoh yang amat kami hormati yang dipaparkan didalam klip video berkenaan....
“Ia jauh tersasar dan diluar konteks. Dengan mengaitkan lagu ini dengan imej-imej provokatif (melalui video yang dimuat-naik 1-2 hari yang lalu) bukan saja melanggar hakcipta milik kami tetapi yang lebih dikesali mengganggu ketenteraman awam,” katanya....
loading...