《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

SAYU..TIAP KALI CUCU PANGGIL NAMA ANAK BILA LIHAT GAMBAR DI TV

loading...

Jitra: “Sayu hati kami apabila melihat Afiq sering memanggil nama bapanya sebaik melihatnya di kaca televisyen. Namun, apa daya, dia masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.”
Begitu luahan Cik Embun Puteh, 74, nenek Muhammad Afiq Amzar, 3, anak kepada Shahidan Saad, 52, jemaah yang hilang selepas terbabit dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah.
Cik Embun berkata, selain memanggil nama, cucunya itu turut menangis setiap kali ditanya mengenai berkaitan bapanya yang masih belum ditemui selepas insiden pada 11 September lalu...

“Makcik memang sebak setiap kali melihat wajah Shahidan di televisyen. Apatah lagi apabila Afiq memanggil nama ayahnya sambil menunjuk gambar kiriman terakhir Shahidan ketika berada di Tanah Suci di telefon bimbit...

“Malah, Afiq juga kelihatan mahu menangis setiap kali ditanya mengenai ibu bapanya di sana (Tanah Suci) menyebabkan kami membiarkan ibunya saja memaklumkan mengenai kejadian menimpa ayahnya sebaik pulang dari Tanah Suci pada awal bulan depan,” katanya ketika ditemui di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini, semalam...
Katanya, sebagai nenek dia dapat merasai kesedihan Afiq kerana cucunya amat rapat dan manja dengan Shahidan.

“Setiap kali melihat ayahnya (di televisyen), dia akan memberitahu kami bahawa ayahnya sedang ‘Allahu Akbar’ di masjid sambil menunjukkan gambar Kaabah yang tergantung di dinding rumah selain mencium gambar ayahnya di telefon bimbit,” katanya.

Sementara itu, Saad berkata, dia sekeluarga mengakui harapan untuk melihat Shahidan pulang dalam keadaan selamat tipis memandangkan hingga kini anak ketiga daripada sembilan beradik itu gagal ditemui...

“Walau apa pun yang berlaku, saya sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT kerana tahu Shahidan berada di tempat yang baik. Kami tahu harapan untuk menemui masih hidup agak tipis, namun tetap berharap dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.

sumber http://hmtro.com/
loading...

Related Posts :