《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

SIAPA SANGKA...BERTUAH NYA ZAID BERTEMU RONALDO

loading...


Madrid: Kejadian malang pelarian dari Syria yang terjatuh bersama anak dalam dukungannya akibat dibentes jurukamera wanita media Hungary ketika diserbu polis, yang menarik perhatian dunia, membawa tuah kepada mereka.

Ronaldo dan Zaid Abdel Muhsen Alghadab diberi tepukan gemuruh oleh ribuan penonton sebaik masuk ke padang sebelum perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Granada berlangsung.
Bintang Real terbabit diiringi oleh anak pelarian Syria yang dibentes jurukamera wanita Hungary ketika cuba melepasi sempadan negara Eropah Tengah dua minggu lalu.

Osama Abdul M0hsen serta dua anak lelakinya, Mohammad, 18, dan Zaid, 7, mendapat perhatian kerajaan Sepanyol dan bekas jurulatih kelab divisyen satu Syria itu ditawarkan pekerjaan sebagai jurulatih bola sepak oleh sebuah sekolah di Madrid.


Menurut media Sepanyol, Osama, 52, menerima tawaran daripada sekolah latihan CENAFE di Madrid
Pengarah sekolah itu, C0nrado Galan berkata, Osama boleh melatih jurulatih yang mahu ke Dubai, Qatar dan Mesir yang mahukan jurulatih dari Sepanyol.

Menurutnya, CENAFE juga akan membawa isteri Osama dan dua lagi anaknya yang berada di kem pelarian di Turki.

“Kami akan mencari mereka dan membawa mereka ke sini,” katanya.
Osama meninggalkan Syria bersama keluarganya setahun lalu dan berada di Turki sebelum cuba memasuki Eropah bersama anaknya melalui Hungary awal bulan ini dan pada 9 September lalu, rakaman perbuatan jurukamera berkenaan, Petra Laszl0, membentesnnya hingga jatuh tersebar melalui media sosial. Laszl0 kemudian dipecat oleh stesen televisyennya.


Malah kelab Real Madrid Osama dan dua anaknya itu menyaksikan perlawanan menentang kelab Granada di Santiag0.

sumber http://www.hmetro.com.my/
loading...

Related Posts :