loading...
## Pelakon Ridzuan Hashim berkata kunjungannya ke kelab malam baru-baru ini bertujuan untuk bertemu dengan seorang produser antarabangsa, bukan berfoya-foya seperti yang diperkatakan.
## Ridzuan turut menjelaskan, foto dia bersama pelakon baru Fara Mendoza dan rakan wanita itu, Carmen yang menjadi viral di internet pula diambil semasa dua wanita itu memanggilnya untuk bergambar sebagai peminat.
“Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar. Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di internet,” katanya kepada mStar Online.
## Sementara itu, Ridzuan meminta masyarakat tidak sepatutnya memberi pandangan skeptikal terhadap orang yang berada di kelab malam dan ia disifatkan sebagai tidak adil.
“Tidak semestinya orang ke kelab malam itu jahat. Saya ke sana pun sekiranya ada urusan-urusan tertentu. Bukan mahu berseronok, apatah lagi saya mempunyai anak-anak yang sudah besar,” ujarnya,
## Dalam perkembangan lain, Ridzuan berkata dia baru saja disunting penerbit antarabangsa bagi projek filem Hong Kong sebagai watak gengster. Dia juga perlu melalui uji bakat dahulu sebelum dipilih membintangi filem berkenaan.
“Untuk filem itu saya perlu jadi gengster yang tahu tiga bahasa iaitu Thailand, Myanmar dan Kantonis. Agak menacar, tetapi saya akan cuba juga. Selain itu, ada juga beberapa penerbit negara luar mahu saya terlibat dengan filem terbitan mereka namun semua itu masih lagi dalam perbincangan,” tuturnya.
Sumber : http://sensasimalaysia.com/
loading...