《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Tragedi Taska: Budak Perempuan 4 Tahun Maut Dilanggar Ibu Sendiri

loading...


≠        Tragedi Taska: Budak Perempuan 4 Tahun Maut Dilanggar Ibu Sendiri|K0ta Kinabalu: Budak perempuan berusia empat tahun maut dilanggar kereta dipandu ibunya, dipercayai tertekan pedal minyak di kawasan parkir Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang, K0ta Kinabalu, pagi tadi.

≠        Dalam kejadian 9.30 pagi itu, dua murid taska dan se0rang guru wanita turut cedera dan dihantar ke H0spital Queen Elizabeth II (HQE II).

≠        Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Megan W0ng Shi Ting, manakala yang cedera, Siti Amira Haqisyah Maennang Ambia, 6, M0hd Fakhriy Fasyin N0rman,5 dan Valin Shammi, 25.

≠        Difahamkan, sebelum kejadian, Ibu Megan berusia 36 tahun menurunkan anaknya di depan pagar taska berkenaan.

≠        Selepas itu, dia kemudian masuk semula ke keretanya dan dipercayai tertekan pedal minyak sehingga melanggar anaknya yang berjalan beriringan dengan dua lagi murid dan guru di hadapan keretanya.

≠        Megan disahkan meninggal dunia pada 10.10 di HQE II.

≠        Ketua P0lis Daerah K0ta Kinabalu Asisten K0misi0ner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Harianmetr0



loading...