《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

AKHIRNYA TERBONGKAR STATUS ANAK ALONG CHAM DAN ZILA YANG SEBENAR.RUPANYA ANAK ZILA DENGAN...

loading...


Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik sudah hampir 1 tahun 8 bulan usia anak sulung Along Cham (Raja Lawak) dan Zila AF4. Diberi nama Ahmad Danial, kehadiran si comel ini ternyata melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga. Memang terserlah kebahagiaan.
along cham

Mereka bertiga telah hadir ketika pra tonton filem terbaru lakonan Along iaitu Adnan Sempit 3. Semoga dengan kehadiran si comel ini akan memurahkan lagi rezeki Along sekeluarga. 

Penyanyi Zila Seeron, isteri kepada pelawak Along Cham, mengesahkan sudah tidak sefahaman bersama suaminya itu.

Bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat itu juga mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suaminya sejak beberapa bulan yang lalu.

"Saya terlalu rindukan anak": Zila AF dedah dihalau Along Cham dari rumah, sudah 4 bulan tak tinggal sebumbung
“Saya terlalu rindukan anak”: Zila AF dedah dihalau Along Cham dari rumah, sudah

4 bulan tak tinggal sebumbung
Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini beliau berdepan dengan proses mahkamah yang difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

“Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.

“Saya terlalu rindukan anak saya,” katanya  ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bangi bagi mengulas status perkahwinannya dan Along yang dikatakan sedang berantakan.

Bagaimanapun menurut Zila dia akan tetap mendapatkan hak penjagaan anak walaupun ia berpihak kepada Along buat masa sekarang.

“Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Dan sata hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.

“Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti,” katanya tegas.

Menurut Zila, masalah mula berlaku berpunca daripa sikap Along atau nama penuhnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salah beliau tanpa alasan kukuh.

“Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya cuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna,” ujarnya.
loading...